|
发表于 2008-5-17 12:47:00
|
显示全部楼层
回复 60F 冷酷的小熊 的帖子
沙巴西海岸包括纳闽、古达、Pulau Layang Layang。
Dikeluarkan pada pukul 11.00 pagi 17 Mei 2008
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA (Dikeluarkan jam 9.20 pagi 13 Mei 2008)
Angin kencang dari arah barat/barat daya dengan kelajuan melebihi 60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di kawasan Sabah Utara meliputi perairan Layang-Layang, Palawan dan Kudat dijangka berterusan sehingga Sabtu,17 Mei 2008.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan, pelantar minyak dan aktiviti pantai.
2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KEDUA (Dikeluarkan jam 9.20 pagi 13 Mei 2008)
Angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 50-60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan Laut China Selatan tengah, Kelantan, Terengganu, Sabah Barat dan W.P Labuan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 17 Mei 2008.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perikanan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai.
3) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA (Dikeluarkan jam 9.20 pagi 13 Mei 2008)
Angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 40-50 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Utara Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu, 17 Mei 2008.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.
4) AMARAN RIBUT PETIR (Dikeluarkan jam 11.00 pagi 17 Mei 2008)
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga awal petang, Sabtu, 17 Mei 2008.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 17 Mei 2008, jam 10.50 pagi
转载自国家气象局
http://www.met.gov.my/malay/perkhidmatan/amaran/strong.html |
|