根据《前锋报》,一起退党者包括,巫统仙本那区部大会议长拿笃伊蓝查(Datu Eranza Datu Saribu)、区部巫青团长莫哈末阿兹(Mohd Aziz Jamman)、区部妇女组主席玛尼斯(Manis Muka Dara)及区部女青团长扎基雅(Zakiah Kalipunya)及200名支部主席。
LIKAS: Umno Sepanggar dikejutkan dengan pengumuman bahawa tujuh orang Ahli Jawatankuasa Bahagian itu melepaskan jawatan mereka yang berkuatkuasa dengan serta merta.
Diketuai oleh Azhar Matussin, mereka terdiri daripada Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi Atoh, Ladis Idris, Marino Ahmad dan Din Merin.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka membuat keputusan untuk mengambil tindakan drastik atas beberapa faktor.
Faktor-faktor tersebut adalah:
1. Tiada keyakinan dan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno Bahagian Sepanggar di bawah Pemangku Ketua Bahagian Datuk Yakub Khan.
2. Tindakan Yakub Khan menonjolkan Rahman Dahlan sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen P171 bagi menggantikan Datuk Jumat Idris seolah-olah tidak ada lagi calon lain yang berkelayakan di kalangan kepimpinan Umno Sepanggar hingga terpaksa membawa masuk calon yang sememangnya sudah tidak popular di kawasan yang diwakilinya sebelum ini.
3. Tindakan Yakub Khan selaku pemangku Ketua Bahagian mengarahkan semua cawangan, Pergerakan Wanita Bahagian dan Pergerakan Puteri Bahagian supaya tidak menghadiri semua program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar adalah tidak bertanggungjawab dan membelakangkan semangat setiakawan dikalangan ahli Umno Sepanggar dan mengakibatkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli dan seterusnya melemahkan semangat mereka.
4. Terdapat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pejabat bahagian samada dalam ucapan rasmi, perbualan biasa dan aplikasi teks WhatsApp/SMS begitu mencabar kesabaran ahli-ahli Umno yang tidak sehaluan dengan mereka untuk segera meninggalkan Umno kerana yakin lebih ramai yang akan menyertai Umno bagi mengganti tempat mereka. Ini menyebabkan ramai ahli Umno yang telah beralih kepada parti pembangkang.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu, Azhar tidak menyatakan samada mereka akan meninggalkan Umno atau akan menyertai parti lain.